BANDUNG,Indonesia :)

by - June 09, 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,last week pergi makan angin ke Bandung,Indonesia.
thanks kepada tuan sponser tiket dll iaitu abe Auh.
*salah satu kelebihan anak bongsu yang ada abang/kakak yang dah bekerja.hihihihi :3
bertolak dari Putrajaya ke KLIA2 pukul 3.30pagi sebab flight pukul 6.50pagi..ohmaii memang mengantuk sangat lah aku ni..dah laa KLIA2 tu besar.penat berjalan nak sampai ke terminal.huhu..

sampai Bandung senang je sebab dah booking supir awal-awal lagi.so,pak supir bawa je kita nak pi mana sepanjang 4hari disana.kalau nak tempah supir awal-awal,boleh ke hayukka.net servis diorang okey :D




Restoran Mang Engking..
berkonsepkan buluh,sangat cantik!
makanan best dan harga pon superb.hahaha :p
tips : kalau lapar,jangan suruh pak supir bawak cari restoran sebab diorang akan bawa kita pergi restoran ber'class' gituu.heeee :D

 kilang kain sulaman.banyak wehh kain tapi sehelai je yang aku berkenan :p

tips: tak payah beli banyak kat sini sebab Pasar Baru lagi murah.haha

 SONA Textile,Pasar Baru.
kedai kegemaran aku.
cotton and viscose.oh really in love!
Pasar Baru sangat besar!dua kali pergi tak habis round.macam-macam ada yang membuatkan aku rambang mata.kakak aku kirim kain lace tapi tak terbeli sebab banyak sangat pilihan.haha

 Rumah Mode.
Factory Outlet tersohor di Bandung.
memang best shopping untuk kanak-kanak.beruntunglah anak-anak saudara aku sebab che su yang baik hati belanja.hahaha*perasan*
btw,factory outlet kat Bandung sangat banyak terutama di Jalan Dago tapi aku tak sempat ke sana.huhu

Toko Tiga.original jeans centre.
memang rugi bagi peminat jeans kalau tak pergi sini.Levi's original dan harga sangat jauh berbeza berbanding Malaysia!

 with Qalesya Alia yang suka melompat-melompat,suka selfie.hihi

 beberapa pasang kain cotton

telekung lycra bermacam colour untuk sisters and bestfriends..
sangat-sangat murah wooo..itu sebab aku tak beli lagi sebab nak tunggu beli kat Bandung.hihi.
murah murah murah <3

tips : kalau nak membeli,haruslah pandai tawar-menawar.kalau diorang tak nak bagi,blahh je..konpem diorang panggil balik nak bagi harga yang kita nak.hihi

ini je bahagian aku.tak banyak pon.shawl tak terbeli juga sebab malas nak memilih.hehe
bertambahlah koleksi cotton aku.ketat dah almari tuu :D

teka apa yang kurang?
hahaha..kitorang tak pergi Tangkuban Perahu dan Kawah Putih.
sebenarnya ada dalam perancangan tapi sebab mak demam kuat sangat sampai tak terbangun,itu yang tak pergi.frust lah jugak.huhu.takpe,takde rezeki nak kenal lagi..

tips lagi : kalau nak cari hotel,cari dekat Jalan Dago.dekat dengan factory outlet.

okey,tu aje untuk holiday tahun ni.bersyukur sebab orang belanja :)
kira macam ganti holiday last year ke Beijing.tiket aku last year burn camtu je sebab kebetulan kena time exam.huhuhu.
harap-harap beberapa tips yang dikongsikan tu berguna untuk sesiapa yang akan menjejakkan kaki ke Bandung :)

You May Also Like

4 comments

  1. woot woot zuee..ruginya i x pesan kain lace kt awk.kt cni mahal.tsk tsk T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lace kat sana berganda ganda murahnya. About 40++ semeter. Kalau Malaysia boleh lah dpt 100++ semeter. Perhhh laa rambang mata. Nanti nak kawen boleh pi cari kat sana hihi :3

      Delete
  2. amboiiii..beznya zue jalan2 shopping2..hihihi..bila la turn akak nk ke sana..

    ReplyDelete
  3. seronok dapat berjalan ke tempat orang, bershopping dan yang penting sempat merakam gambar buat kenangan. itu juga sesuatu yang penting sering diabaikan.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen disini.
kalau ada masa,sudi-sudilah komen lagi :)